Jumaat, 1 November 2019

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Assalammualaikum wbtuh...

Alhamdulillah selesai sudah perkongsian saya tentang penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pembelajaran dan PemudahCaraan di dalam kelas. Jadi, perkongsian saya pada hari ini khas untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan tugasan saya pada kali ini. Kerjasama anda semua amatlah bermakna dan amat saya hargai.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar 4S Xiao yang telah memberikan kerjasama sepenuhnya di dalam kelas kepada saya sepanjang proses tugasan ini dijalankan. Kamu semua sangat terbaik dan cikgu doakan kamu semua lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan serta berjaya pada masa hadapan.



Kedua, ribuan terima kasih kepada Encik Low Kar Foo yang telah memberikan kerjasama mengambil semua video kami demi menjayakan tugasan pada kali ini. Tanpa anda kami tidak akan dapat menghasilkan video-video yang begitu cantik dan baik. Semoga anda dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki. Jasa anda tidak dapat dibalas dengan kata-kata dan akan diingati sampai bila-bila.



Baiklah, sampai di sini sahaja, diharap semua ilmu dalam perkongsian tersebut boleh dijadikan sebagai rujukan dan panduan oleh semua guru. Minta maaf jika ada salah dan silap. Jika ada yang salah, boleh sama-sama diperbetulkan. Sesungguhnya yang buruk  itu datangnya dari diri saya sendiri dan yang baik datangnya dari Allah SWT. Jumpa lagi pada masa akan datang. Doakan kami semua dipermudahkan segala urusan sepanjang belajar dan diberikan kejayaan yang cemerlang dalam tugasan serta peperiksaan ! Aamiin Allahhumma Aamiin.

2 ulasan: