Sabtu, 28 September 2019

BISMILLAH

Assalammualaikum wbtuh...

Selamat datang ke blog cikgusitirad.blogspot.com yang comel ni hehe. Dah lama tak tulis blog ni, rasanya dulu masa zaman universiti ada buat blog (tidak pastilah wujud lagi ke tak blog tudah tak ingat apa nama maklumlah faktor usia). Kali terakhir tulis blog pada tahun 2011 tidak silap. Kalau dulu tulis blog tidak ada isi, banyak merapu je, tapi blog kali ini InshaAllah perkongsian yang lebih bermanfaat untuk semua (lebih tentang dunia pendidikan).

Oh ya, sebelum tu biar saya memperkenalkan diri terlebih dahulu. Nama saya Siti Radziah binti Haji Bakin. Sekarang mengajar di Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa (CHKL) sudah hampir 8 tahun. Di sekolah tersebut saya mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 3 dan Tingkatan 4. Sekarang sedang sambung Program Diploma Education (PGDE) bersama-sama beberapa rakan guru lain dalam semester 2 di universiti terkenal iaitu UNITAR. InshaAllah akan tamat selepas selesaikan semester 4. Aamiin Allahhumma Aaminn.

CHONG HWA INDEPENDENT HIGH SCHOOL
Ok lah terus masuk kepada tujuan ya, nanti kalau merapu sampai ke esok subuh tak sudah-sudah. Ok tujuan blog ni dibuat adalah untuk saya menulis perkongsian tentang penggunaan Teknologi dan Maklumat (TMK) dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPC) yang dijalankan tidak kira lah sama ada di dalam kelas mahupun di luar kelas. Oh ya tetapi kenapa mesti kongsi tentang teknologi? Pada semester 2 ni salah satu subjek yang kami kena ambil ialah subjek Technology in Education (ESEG 5033) dan tugasan yang diberikan oleh pensyarah kami iaitu Dr. Siti Farhah A. Aziz (yang cantik, baik, penyayang...bodek sikit hehe) ialah kami dikehendaki membuat blog tentang penggunaan TMK dalam PdPC. Ok jelas dah kan tujuan blog ni?

Nanti untuk perkongsian seterusnya, saya akan jelaskan apa itu penggunaan TMK dalam pendidikan beserta contoh-contoh TMK yang saya sendiri gunakan semasa proses PdPC berjalan di dalam kelas saya. Secara ringkasnya, penggunaan TMK dalam PdPC tu ialah seseorang guru menggunakan TMK semasa mengajar. Contohnya, guru mengajar murid-murid di dalam kelas menggunakan komputer, projektor, powerpoint menarik yang mengandungi animasi-animasi bergerak, menayangkan video, menjalankan permainan kuiz dan sebagainya. 

Manakala, jika di luar kelas pula seseorang guru menggunakan TMK untuk menyampaikan maklumat atau membincangkan sesuatu masalah bersama-sama murid-murid menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram, aplikasi komunikasi seperti Whatsapp Messenger, Telegram dan sebagainya. Paling pentingnya kesemua penggunaan TMK tersebut mempunyai satu tujuan yang sama iaitu menarik minat dan perhatian murid-murid untuk belajar supaya mereka tidak cepat berasa bosan semasa sesi PdPC di dalam kelas. 

Baiklah, jumpa di perkongsian seterusnya ok !

2 ulasan:

  1. Selamat berblog semula cikgu Siti. InshaAllah berguna untuk orang lain nanti. Sebaik baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain. 😘

    BalasPadam