Rabu, 9 Oktober 2019

WHATSAPP MESSENGER

Assalammualaikum wbtuh...

Ok untuk permulaan ni saya cuma nak kongsi penggunaan teknologi ringkas je terlebih dahulu yang saya gunakan dalam PdPC di luar bilik darjah iaitu WhatsApp Messenger. Semua orang tahu apa itu Whatsapp Messenger kan? ada ke lagi yang tak tahu? ok takpe bagi yang belum tahu, baca maklumat di bawah ni ya.


Whatsapp Messenger adalah perkhidmatan mesej perisian percuma dan platform terus dan suara IP (VoIP) yang dimiliki oleh Facebook. Aplikasi ini membolehkan penghantaran mesej teks dan panggilan suara, serta panggilan video, imej dan media lain, dokumen, dan lokasi pengguna. Aplikasi berjalan dari peranti mudah alih tetapi juga boleh diakses dari komputer atas meja, perkhidmatan memerlukan pengguna untuk menyediakan nombor mudah alih selular standard. Pada asalnya, pengguna hanya boleh berkomunikasi dengan orang lain secara individu atau dalam kumpulan pengguna individu, tetapi pada September 2017, WhatsApp mengumumkan platform perniagaan yang akan membolehkan syarikat menyediakan khidmat pelanggan kepada pengguna pada skala. Pelanggan itu dibuat oleh WhatsApp Inc yang berpangkalan di Mountain View, California, yang telah diperoleh oleh Facebook pada bulan Februari 2014 untuk kira-kira AS $ 19.3 bilion. Menjelang Februari 2018, WhatsApp mempunyai pangkalan pengguna lebih dari satu setengah bilion, menjadikannya aplikasi pemesejan yang paling popular pada masa itu. WhatsApp telah berkembang di beberapa negara, termasuk Brazil, India dan sebahagian besar Eropah. Pada mulanya, WhatsApp dibuat untuk pengguna iPhone kemudian seiring dengan perkembangannya, aplikasi WhatsApp juga tersedia untuk versi Blackberry, Android, Windows phone dan Symbian. Sehingga November 2010, WhatsApp menduduki tempat ke-3, aplikasi terlaris yang dimuat turun melalui Nokia Ovi Store, selepas Swype dan pusat permainan NHL premium.


 

       

 

Dah jelas kan? Ok secara ringkasnya, WhatsApp Messenger ni ialah sebuah aplikasi yang memudahkan kita untuk berhubung dengan sesiapa sahaja, walau di mana pun berada, jauh atau dekat, pada bila-bila masa, siang atau malam, secara percuma, hanya perlu ada capaian Internet sahaja.

Jika pada zaman teknologi belum canggih dulu, kita berhubung hanya menggunakan surat, e-mel, dan menghantar mesej secara peribadi, tetapi seiring dengan perubahan zaman ledakan teknologi dan maklumat ini, cara berhubung turut berubah. Jika kita lihat sudah banyak aplikasi diperkenalkan sekarang ini seperti cendawan tumbuh selepas hujan, dan salah satunya ialah Whatsapp Messenger ni.

Bagi saya aplikasi Whatsapp Messenger ni memang sangat-sangat membantu dan memudahkan saya sebagai guru untuk berhubung dengan pelajar-pelajar. Whatsapp Messenger ni bukan semata-mata hanya untuk kita bertanya khabar sahaja kepada keluarga atau rakan-rakan, tetapi dengan Whatsapp Messenger ni kita boleh berkongsi apa-apa sahaja maklumat penting kepada orang lain, dan yang paling pentingnya maklumat tersebut dapat disampaikan dan diterima dengan pantas. 

Jadi, saya memilih untuk membuat satu kumpulan Whatsapp Messenger khas untuk pelajarpelajar saya mengikut kelas masing-masing. Kumpulan Whatsapp Messenger ni telah memudahkan tugas saya sebagai seorang guru untuk menyampaikan apa-apa maklumat tentang pembelajaran kepada pelajar. Mereka juga mudah untuk bertanya apa-apa perkara yang mereka tidak faham dalam kumpulan Whatsapp Messenger tersebut. Yelah sebab kadang-kadang apabila di dalam kelas kita tak sempat kan nak sampaikan semua perkara kerana terlalu fokus untuk mengajar. Tambahan pula, ada sesetengah pelajar juga malu berjumpa guru untuk bertanya perkara yang mereka tidak faham atau tiada masa untuk pergi ke pejabat guru kerana bangunan pejabat guru sekolah ni jauh dengan bangunan-bangunan kelas, jadi Whatsapp Messenger menjadi penyelamat mereka. Mereka boleh bertanya sama ada dalam kumpulan Whatsapp Messenger tersebut atau ada juga yang menghantar whatsapp peribadi.

Ok kat bawah ni antara salah satu contoh kumpulan Whatsapp Messenger yang saya tubuhkan dengan pelajar saya.

Kelas 4S Xiao 2019 (Bahasa Malaysia)

Seramai 56 orang sertai kumpulan Whatsapp Messenger ini.

Ditubuhkan pada 4 Jan 2019
Di bawah ini pula contoh saya menggunakan Whatsapp Messenger untuk sampaikan apa-apa maklumat kepada pelajar-pelajar dan mereka menggunakan Whatsapp Messenger untuk bertanya apa-apa yang mereka tidak faham. Sebenarnya banyak perbualan dalam kumpulan Whatsapp Messenger ni dari bulan Januari hingga sekarang, tapi ada perbualan yang saya dah padam dan ni je yang saya sempat ambil untuk dijadikan contoh.

Dalam perbualan di atas ni, murid bertanya kena bawa buku apa untuk pembelajaran keesokan harinya. Kadang-kadang memang saya tak sempat atau lupa nak beritahu murid. Ada juga yang saya sendiri pesan siap-siap esok kena bawa buku apa, sebab kalau saya tak beritahu pelajar nak guna buku apa memang alamatnya krik krik lah. Mereka tak akan bawa buku yang nak diguna dan masalah itu akan mengganggu kelancaran PdPC pada hari tersebut

Ok di atas ni pula, saya beri cakupan untuk ujian kecil apa yang perlu murid baca dan fokus

Dengan Whatsapp Messenger juga, saya boleh ajar contoh cara nak jawab soalan novel
     
Perbualan di kat atas ni pula, saya bagi tema yang akan keluar untuk soalan peperiksaan akhir tahun kertas satu. Dalam kelas memang tak akan sempat nak bagitahu benda-benda ni semua, jadi bagitahu dalam whatsapp ni hehe

Yang ni masa tu cuti jerebu tiga hari, saya siap pesan cuti esok jangan banyak main, buat ulangkaji sebab peperiksaan dah nak dekat, yelah kadang-kadang kita tak boleh serius sangat, kena lah gurau-gurau juga jadikan pelajar sebagai kawan barulah mereka minat nak belajar. Setuju tak?

Ok yang ni masa tu saya dah habis jalankan ujian lisan untuk semester 2. Jadi saya suruh mereka print skrip ujian lisan kumpulan masing-masing kemudian hantar kepada saya. Oh ya yang saya suruh mereka print dari 
e-class
Ok, jadi di atas ni adalah antara contoh cara saya menggunakan Whatsapp Messenger untuk tujuan pembelajaran. 

Namun, setiap perkara pasti ada keburukannya kan. Whatsapp Messenger juga tidak lari daripada mempunyai keburukan jika disalah gunakan. Antara keburukan penggunaan Whatsapp Messenger ialah ada sesetengah orang membuat penyebaran maklumat palsu kepada orang lain dengan mudah. Selain itu, Whatsapp Messenger akan melalaikan jika digunakan secara berlebihan. Kumpulan Whatsapp Messenger juga mungkin akan menyebabkan berlakunya pergaduhan sekiranya digunakan dengan cara tidak betul. 

Kalau macam saya ni tak ada-apa sangatlah keburukannya setakat ni sebab kita niat nak gunakan untuk perkara baik kan untuk tujuan pembelajaran. Kalau ada keburukannya pun yang saya perasan ada sesetengah pelajar yang suka hantar mesej sesuka hati tanpa mengira waktu, akan mengganggu waktu rehat rakan lain dan guru...lepas tu ada yang suka hantar hal-hal yang tidak berkaitan dengan pembelajaran contoh macam iklan-iklan apa entah hmmm, lepastu dalam bahasa cina pulak tu mana lah saya nak faham kan. Tapi lepas saya tegur elok-elok pelajar tu, dia pun terima dengan baik dan tak ulang balik kesalahan tu.

Ok secara keseluruhannya, Whatsapp Messenger memang sangat membantu saya sebagai seorang guru untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar-pelajar dengan mudah dan pantas. Selain itu, kami dapat membuat perbincangan dan menyelesaikan masalah bersama-sama dengan baik.

Ok lah, setakat ini sahaja perkongsian saya tentang Whatsapp Messenger ya. Harap jika ada kebaikan yang boleh diambil, ambillah jadikannya sebagai ilmu. Sekiranya tidak ada sekalipun, terima kasih kerana sudi singgah di blog saya yang tak seberapa ni. Jumpa di perkongsian seterusnya nanti tentang bagaimana saya gunakan TMK dalam PdPC di dalam kelas pula !

2 ulasan:

  1. Makin mudah dizaman modern ni macam macam teknologi ada untuk guru dan pelajar guna dalam urusan pembelajaran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..TMK sememangnya amat memudahkan urusan antara guru dengan pelajar

      Padam